Pembohong.

“Pintalah kepada Allah supaya kita boleh redha dengan takdirNya, dan boleh tenggelam dalam lakuan Allah kerana disitulah terletaknya kedamaian dan syurga dalam dunia ini dan juga itu adalah pintu gerbang Allah yg agung dan cara untuk mencapai kasih Allah untuk hamba-hamba yg beriman. Barangsiapa yg dikasihi Allah, maka orang itu tidak akan didera atau dihukum didunia dan diakhirat. Dengan keredhaan dan tenggelam dalam lakuanNya itulah terletaknya penghubungan dengan Allah, bersatu denganNya dan berpadu denganNya. Janganlah kamu leka dengan kesedapan dan keseronokan dunia sahaja. Janganlah kamu hanya berharap dan ingat kepada apa yg diuntukkan untukmu atau yg bukan yg diuntukkan untukmu. Jika kamu berusaha untuk mendapatkan apa yg bukan untukmu, maka itu adalah tanda kebodohan, kejahilan dan itu juga adalah hukuman berat yg ditimpakan kepadamu kerana diantara hukuman yg paling berat ialah berusaha mendapatkan apa yg bukan ditakdirkan untuk kamu. Jika diberi pun, itu tidak lain ialah tamak-haloba dan menyengutukan penyembahan, kasih dan hakikat, dalam usaha mencarinya itu kerana kamu leka dalam hal yg selain Allah. Barangsiapa bersungguh-sungguh mencari kesedapan dan keseronokan dunia adalah dia tidak ikhlas dalam cintanya dan persahabatannya dengan Allah. Oleh itu barangsiapa mementingkan apa sahaja selain Allah adalah pembohongan dan pendusta!”

_FUTUHUL-GHAIB

Siapa..

โ€œู„ูŽุง ุชูŽุฒูŽุงู„ู ุทูŽุงุฆูููŽุฉูŒ ู…ูู†ู’ ุฃูู…ูŽู‘ุชููŠ ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ุฏูู‘ูŠู’ู†ู ุธูŽุงู‡ูุฑููŠู’ู†ูŽุŒ ู„ูุนูŽุฏููˆูู‘ู‡ูู…ู’ ู‚ูŽุงู‡ูุฑููŠู’ู†ูŽุŒ ู„ูŽุง ูŠูŽุถูุฑูู‘ู‡ูู…ู’ ู…ูŽู†ู’ ุฎูŽุงู„ูŽููŽู‡ูู…ู’ ุฅูู„ูŽู‘ุง ู…ูŽุง ุฃูŽุตูŽุงุจูŽู‡ูู…ู’ ู…ูู†ู’ ู„ูŽุฃูˆูŽุงุกูŽุŒ ุญูŽุชูŽู‘ู‰ ูŠูŽุฃู’ุชููŠูŽู‡ูู…ู’ ุฃูŽู…ู’ุฑู ุงู„ู„ู‡ู. ูˆูŽู‡ูู…ู’ ูƒูŽุฐูŽู„ููƒูŽุŒโ€ ู‚ุงู„ูˆุง: โ€œูŠูŽุง ุฑูŽุณููˆู’ู„ูŽ ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุฃูŽูŠู’ู†ูŽ ู‡ูู…ู’ุŸโ€ ู‚ุงู„: โ€œุจูุจููŠู’ุชู ุงู„ู’ู…ูŽู‚ู’ุฏูุณู ูˆูŽุฃูŽูƒู’ู†ูŽุงูู ุจูŽูŠู’ุชู ุงู„ู’ู…ูŽู‚ู’ุฏูุณู.โ€

_โ€œAkan tetap ada satu kumpulan dalam kalangan umatku yang bangkit dengan gagah perkasa menegakkan kebenaran daripada Allah. Mereka tidak boleh dilunturkan semangat oleh orang-orang yang mengecewakan mereka.โ€ Para sahabat bertanya, โ€œSiapakah mereka, wahai Rasulullah?โ€ Baginda SAW menjawab, โ€œMereka ialah penduduk Baitul Maqdis dan sekeliling Baitul Maqdis.โ€ (Riwayat Ahmad 22320)_